RESIPI : Nasi Goreng Nenas


Haha . Macam tiba-tiba je kan nak buat entry pasal resipi bagai . Tapi entry ni aku buat untuk Pertandingan Memasak Isnin depan #wishmeluck# hikhok .


Mula-mula cadang nak buat ni 
 western lah kononnya :b


Tapi tiba-tiba partner aku si Athirah tu kata , "why not kita try masak nasi goreng nenas untuk pertandingan tu nanti . Mana tahu boleh dapat markah hias lebih"
Cool huh ? -.-

So , ini dia punya resipi :


Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang )

  • 3 cawan nasi putih ( lagi sedap guna beras jasmine)
  • 5 ekor udang basah ( udang harimau)-dibuang kulit dan hiris kasar.
  • 1 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar mix vegetable
  • 1/4 biji nenas ( dipotong dadu)
  • 1/4 biji bawang besar ( dicincang halus)
  • 1 biji bawang putih ( dicincang halus)
  • sedikit lada sulah
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • sedikit bawang goreng untuk hiasan
  • 2-3 biji cili padi ( dicincang halus)
  • 1 sudu kecil minyak bijan ( klu tak nak guna pun takpe)

Cara-cara

  • Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi, setelah naik bau masukkan mix vegetable dan udang. kacau sebati.
     
  •  Kemudian masukkan udang kering dan telur, selepas itu masukkan nenas, lada sulah, garam dan nasi, kacau sebati, akhir sekali masukkan minyak bijan. Angkat dan tabur sedikit dengan bawang goreng .
DAH SIAP !
 Nanti hias-hias , jadilah macam ni

Mudah , cantik dan simple bukan ? :DD

Actually , kitorang bukanlah pandai masak sangat T.T
Tapi , tak salah try kan (:



3 2 orang membebel:

❤# MazMia #❤ said...

wahwahwah . siap post resipi lagi . btw , i wish PUAK ( mean ahli puak yg masuk prtndgn ni lah ) menang keyhh :D

♥ zura ♥ said...

@❤# MazMia #❤

tenkiu :$ hha

❤# MazMia #❤ said...

welcome XD